PENGALAMAN BERSALIN - PART 1

18:00:00

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah, Bie dah selamat melahirkan cahaya mata perempuan ZN yang ke-2 pada 11/1/2017 bersamaan 12 Jamadilakhir 1438H. Tak sangka tarikh lahirnya sama dengan Siti Nurhaliza. hehe.. Bie bersalin kali ni pada usia kandungan 38w 1d iaitu sehari awal berbanding kelahiran sebelum ni pada 38w 2d. Tiba-tiba Bie rasa nak kongsikan pengalaman bersalin anak pertama dan kedua. Bukan apa, sebagai kenangan supaya anak-anak dah besar nanti. Mereka boleh baca blog mama diorang ni. Hehehe

Kronologi Kelahiran Anak Pertama - 28/2/2015




Kelahiran anak pertama sangat 'nervous' okey! Mana tak nya, doktor siap-siap pesan suruh get ready 2 minggu awal drp due. Jadi Bie pun ambil cuti memang sangat awal. Bukan awal 2 minggu, tapi awal 3 minggu sebab nervous punya pasal. Awal-awal lagi dah ajak husband balik Johor. Sebab gila-gila tak nak beranak kat Hospital Sungai Buloh yang 'Horror' cukuplah pengalaman 1 malam kat sana. Tak ada katil, bantal. Dia suruh orang-orang yg dia admit tu tidur atas kerusi. Sesiapa dah bersalin, diletak je atas katil tepi koridor sebab katanya semua katil dah penuh. Scarryy ok.

Bila balik Johor, hampir seminggu golek-golek kat rumah ibu. Nasib baik ada husband teman sekali. Kebetulan husband bie jenis boleh WFH (work from home) dan jadual kerja yang agak flexible. Ibu masak macam-macam. Hari-hari makan bendi yang dikatakan sebagai makanan pencetus labour. Bie cuba makan nenas sebiji. Amalkan baca surah Maryam setiap hari dan pujuk baby untuk keluar awal. Hehe.. Anak pertama, memang tak sabar-sabar nak suruh anak keluar.

Malam 27/2/2015, Bie makan malam dengan keluarga seperti biasa. Malam tu Bie makan banyak sangat sebab Ibu masak makanan kegemaran Bie, Mee Bandung Muaooo dengan telur goyang tauu. Telur goyang tu, jenis telur ayam kampung. Bie makan banyak, bertambah sampai 3 kali. Lepas makan tu, perut rasa tak selesa (bukan sakit) cuma rasa senak perut, baby pon rs mengeras je. Hmm.. tak tahu nak explain macam mana rasa tu. Beserta instinct lain macam je rasa ni. Huhuhu..

Bie terus beritahu ibu, ibu pun macam bingung. Sebab dia tak tahu macamana rasa sakit dan tanda-tanda nak bersalin tu sebab Bie dan Adik bersalin ceaser. Kami berdua jenis songsang dalam perut, tak boleh keluar normal. Hehe.. Jadi, ibu pun sarankan pergi hospital. Katanya, pergi je check. Kalau belum nak bersalin, kita baliklah.

Sampai je hospital, hospital daerah kota tinggi tu memang lengang. Tak ada orang lagsung. Sampai nak hulur buku merah kat kaunter pun kena tunggu sekejap sebab nurse tak ada kat situ. Masa tu pukul 11 lebih, doktor pon buat procedure cek bukaan. Tulah kali pertama pengalaman Bie kena seluk doktor lelaki untuk cek bukaan. Masa tu tak fikir apa segan ke apa dah. Fikir dia doktor je, dia buat kerja dia. Dalam hati cuma doa dipermudahkan urusan je.

Selesai seluk, doktor cakap. Tak ada apa-apa show ke? (blood atau air). Bie cakap tak ada. Dia kata bukaan pintu rahim masa Bie datang tu dan 3 cm. Makk aaaiii.. Bulat jugak mata Bie dengar doktor cakap dah 3 cm. Bie ingatkan 1 cm, sebab kebanyakkan pengalaman bersalin anak pertama yang Bie baca. bukaan agak lambat sikit sebab faktor anak pertama. Malam tu jugak Bie kena admit sebab bukaan dan 3, katanya kalau bukaan 4 cm kena terus masuk labour room. So, malam tu sempat jugak bermalam dalam wad dulu sebelum tunggu bukaan tu jadi 4cm.

Lepas cek bukaan tu, terus turun darah macam darah haid tu. Bie terus je pakai pad dan darah terus je keluar. Tapi masa tu Bie tak rasa sakit apa-apa masih boleh makan banyak-banyak. Makan roti, makan kurma ajwa (sampai habis seplastik), minum air milo, air zam-sam, air selusuh. Sambil baring-baring atas katil dan mendengar tangisan-tangisan malam pertama bayi yang lahir diatas dunia. Lepas mesej-mesej husband, Bie terus tidur. Subuh, dalam pukul 6 macam tu. Bie dah rasa sakit sikit. Bie beritahu nurse nak cek bukaan sebab daripada malam tu. Cuma cek sekali je. Nurse pun suruh Bie jalan ke bilik lain untuk procedure cek bukaan tu. Masa tu Bie dah rasa perut Bie lain macam. Macam dah tak boleh nak berdiri dah masa tu. Itulah yang dinamakan kontraksi (contraction) dan mula datang sampai Bie nak jalan pun terhenti-henti pegang perut sebab contraction tu.



Bila cek bukaan, yes! bukaan bukan 4 tapi dah 5cm. Nurse suruh balik kat wad dan sedia ke LR (labor room). Masa tu, menyempat lagi Bie pergi mandi walaupun contraction dah nak start menggila. Sebab Bie rasa, kalau aku mati masa nak bersalin nanti. Sekurang-kurangnya aku bersih dah mandi pagi. Huhuhu.. Secara mental, dah rasa bersedia nak pergi berperang. Nurse suruh makan roti dan minum air sikit sebelum ditolak ke LR. Tapi, Bie tak lalu nak makan sebab malam tu dah makan banyak kurma ngan macam-macam benda lagi. Sempat juga mesej husband dan beritahu, Bie dah masuk LR sebab nak mintak dia get ready untuk masuk teman Bie kat LR nanti.

Sampai je kat LR, Doktor yang sama macam doktor yang cek bukaan malam tu. Dia buat procedure pecahkan air ketuban, masa tu bukaan dah 7cm. Lepas pecahkan air ketuban, sakit mula menggila. Darah memang banyak sangat, bak kata orang tua-tua 'kembar darah' sakitnya Allah saja yang tahu sampai drip air kat tangan pun tak ada makna untuk Bie. Bie pegang palang besi katil tu sampai gegar menahan sakit yang teramat sangat. Masa berjalan terlalu lambat untuk Bie sampai Bie berkata-kata dalam hati. Sakitnya nak bersalin ni, macam ini jelah last aku mengandung. Hehe.. (tau-tau dah keluar yang 2nd) hehehe..

Pukul 7.30am Bie masuk LR, pukul 10.27am Bie selamat melahirkan baby lelaki pertama dalam family ZN. Masa bukaan dah 10cm tu, baru nurse panggil husband Bie masuk untuk bagi sokongan dan sorakan. Hmmmmm.. I need him all the time actually. Lagi-lagi masa 1st deliver ni. Apakan daya, dia teman masa push je pon dah cukup bersyukur dah. Matroon (Staff nurse yang senior) yang sambut baby pagi tu. Dia tunjuk jantina baby. Tapi Bie tak nampak sebab tak pakai spek. Dengan yakin je Bie cakap Boy. Lepas tu, dia letak baby atas dada Bie untuk create bonding antara mak dan baby. Masa baby atas dada Bie, husband terus azan kat telinga baby. Lepas tu, baru baby diasingkan dan dibersihkan. Bie kena gunting perinium 2 degree tear. Sempat lagi pesan kat matroon tu suruh jatih cantik cantik ya. Hehe.. Alhamdulilah, ketentuan Allah. Masa Bie bersalin tu, semua nurse entertain Bie sorang je sebab Bie je nak bersalin pagi tu. Bie sorang je kat LR pagi tu. Tak tersaing dengan siapa-siapa. Syukur semuanya dah dipermudahkan Allah.

1 malam bermalam dalam wad tanpa bantuan sesiapa dan urus anak sendiri. Wow! pengalaman mencabar untuk seseorang yang baru pertama kali bergelar ibu. Dengan luka jahitan yang masih baru, anak kecil yang lapar dan mahu menyusu. Syukur sebab baby Bie bukan jenis yang mudah menangis tak tentu hala. Bila lapar, dia nangis sikit jek "ek.ek" bagi susu badan. Terus sambung tidur, alhamdulilah. Malam pertama bergelar ibu, Bie tak panik nak handle situasi anak nak susu dan anak berak (berak hitam kali pertama).



Esoknya, Bie dah boleh balik sebab baby dah berak dan kencing. Selepas hari ke-7 kelahiran. Kami suami isteri cukur botak kepala baby da beri nama 'Muhammad Naqib' yang bermaksud Pemimpin, Ketua.


Selesai sudah pengalaman kali pertama bersalinkan anak sulung Bie. Insyaallah, esok Bie sambung episod entri ini dengan perkongsian pengalaman bersalinkan anak ke-2 yang sudah tentu ada perbezaannya. Bye

Love, Bie Zulfa

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx