PENGALAMAN BERSALIN - PART 2

03:11:00

Assalamualaikum w.b.t

Salam Jumaat penuh keberkatan, seperti yang dijanjikan Bie nak kongsikan pula Pengalaman Bersalin - Part 2 untuk anak ke-2 pula. Nanti dah masuk anak ke-3, kita buat part 3 pula ye. Hehehe. Amin, Insyaallah :) *Masih kuat semangat untuk menambah lagi umat Muhammad s.a.w.

Hehehehe..

Kronologi Kelahiran Anak Ke-2 - 11/01/2017

2 hari sebelum kelahiran Zuhaira, mungkin Bie dah ada instinct agaknya. Bie whatsapp ibu dan suruh Ibu get ready je. Kalau ikut plan, ibu akan datang ke rumah Bie pada 10/1/2017. Berbeza dengan kelahiran pertama, Bie memilih untuk berpantang di rumah ibu Bie di Johor. Pabila dah ada anak ni, Bie ambil keputusan nak berpantang di rumah sendiri je di Klang. Jadi, ibu Bie saja yang datang ke Klang untuk jagakan Bie dalam pantang selama 2 minggu. Selepas tu, Bie berpantang sendiri. Masa Bie beritahu tu, Bie macam dah rasa nak bersalin dalam waktu terdekat, sebab dah nak masuk 38w. Bie tunggu-tunggu juga show (darah atau air), tapi masih belum ada. Cuma berpegang pada instinct semata-mata sebab Naqib (anak pertama) dulu lahir pada usia kandungan 38W 2D. Jadi, segalanya mungkin berlaku.

Apa yang sedihnya, tiba-tiba Ibu Bie call dan beritahu tak dapat datang 10/1/2017, katanya sebab ada urusan/kerja nak diselesaikan. 15/1/2017 baru boleh datang.Luruh jugalah air mata ini, sebab Bie dah berharap Ibu datang pada 10/1/2017. Bie akur saja keputusan ibu tu. Lagipun, kalau ikut due sebenar. Zuhaira dijadualkan lahir pada 24/1/2017.Masih ada lebih kurang 2 minggu lagi daripada plan asal. Tapi, entah kenapa Bie dapat rasakan yang Bie tak akan bersalin pada usia kandungan 40w. Mungkin lebih awal lagi. Huuuu..

Dengan tak semena-mena, ibu kata urusan/kerja dia dah diselesaikan dan ibu jadi datang 10/1/2017 tu. Syukur, Bie pun rasa lega. Malam 10/1/2017, Bie sekeluarga pergi jemput ibu kat TBS. Sebab ibu datang sorang je naik bas. Sebelum balik ke rumah, kami pergi makan kat Mapley "Mesra Maju" bersebelahan dengan GM Klang. Bie makan nasi ayam goreng masa tu! Sedap dan habis, walaupun nasi dan ayam tu membukit banyaknya. Hehe.. Petang tu, Bie sempat lagi turun naik tangga office sampai ke tingkat 4, sebab nak cepatkan bukaan punya pasal. Hehehe. Ini gambar real, sehari sebelum bersalin.



Sampai je rumah, Bie cakap kat husband. "Bang, perut rasa tak sedap. Esok subuh, kita pergi klinik dulu ya sebelum ke office". Husband Bie masa tu cakap ok je. Bie pon ok jelah, terus je tidur macam biasa. Lagipun, esoknya Bie ada meeting penting kat office. Subuh tu, Bie bangun awal dan bersiap awal. Yelah, dah janji nak ke klinik. Masuk je Azan subuh, terus solat dan keluar ke klinik. No show, No sakit, cuma instinct dan rasa tak sedap perut. Rasa kembung, senak hmmm.. macam tu je.

Sampai je Pusat Bersalin Barakah, nurse terus suruh masuk dalam labour room dia dan memulakan prosedur memeriksa bukaan. Seluk!

"1,2,3,3,3,4,4.. ya, 4cm"

Maknanya, bukaan dah 4cm pada pagi subuh tu. Tapi Bie langsung tak rasa apa-apa pun sejak malam tu. Sumpah! terkejut. Lepas tu, nurse suruh salin baju dan berikan ubat berak. Selesai berak dan salin baju, Bie request untuk makan sedikit sebab nurse dah get ready nak pecahkan air ketuban terus. Bie tahu, lepas je pecah air ketuban. Bie dah tak ada peluang nak makan atau minum.

Ni makanan yang sempat dimakan, tapi tak banyak sangat
Jadi, cepat-cepat Bie makan kurma dan minum air zam-zam. Pusat Bersalin Barakah juga sediakan air milo dan roti. Bie makan sikit je sebab dah tak lalu nak makan. Berdebar rasa hati nak menghadapi kelahiran cahaya mata ke-2 ni. Hanya doa dan tawakal yang Bie harapkan daripada Allah dan semua. Suami masa tu setia disisi isteri. Sentiasa ditemani zikir dan tasbih. Semua ahli keluarga dan kawan-kawan office, dah dikhabarkan tentang berita ini. Tepat jam 8.00pagi, air ketuban dipecahkan. Bie masih boleh tenang. Request my small quran yang selalu ikut Bie pergi mana-mana dan baca surah Maryam dengan harapan kelahiran ini dipermudahkan olehNya.

CTG kekal terpasang diperut, nurse kata contraction masih tahap biasa. 2,3 kali nurse masuk keluar dan tanya keadaan Bie. Dah rasa sakit? sakit rasa nak meneran tak? Bie cakap, dah ada sakit. Tapi belum sampai masa nak rasa meneran lagi. Sakit, memang sakit. Tapi sakit yang masih Bie boleh tanggung. Amat berbeza dengan sakit masa kelahiran pertama. Nurse masuk lagi, memegang perut Bie sambil membaca surah atau sesuatu. Mungkin untuk mempermudahkan urusan kelahiran ini. Doa Nabi Yunus tidak putus dibibir Bie, sambil memujuk anak supaya keluar dengan mudahnya.

Di labour room sebelum bersalin, masa ni dah salin uniform bersalin ni.
10.27pagi berlalu sudah, jam segini dulu. Bie dah selamat melahirkan Naqib. Berdebar dan berharap, janganlah lambatkan kelahiran ini.Percepatkan prosesnya dan urusannya. Sakit semakin menggila, tapi masih rasa lembut dan sedikit-sedikit sahaja. Katanya, mungkin kerana faktor kandungan merupakan Bayi perempuan dan selalunya kandungan ke-2 lebih mudah dan kurang sakit berbanding yang pertama. Ya, ada betulnya.

Sedikit! Rasa sudah mahu meneran. Nurse setia menunggu, sekali lagi nurse cek bukaan. Sedikit saja lagi katanya. Tahan, tunggu doktor sampai. Sebaik saja doktor sampai. Bukaan dah penuh, Bie disuruh teran sebaik sahaja contraction tu sampai.1st try, Bie tak cukup nafas nak teran, doktor suruh ambil nafas dan teran sekali lagi.! Same as cara meneran Naqib, 2 kali teran. Alhamdulilah, lahirlah anak-anak Mama ke dunia ini. Suci, bersih dan harum.

Baby diletakkan diatas dada. Syukur! kali ini, Bie masih pakai cermin mata. Jadi, memang nampak muka semua orang. Nampak baby keluar daripada perut dan terus ke dada. Baby dibersihkan, suami azankan baby. Semuanya jelas, terang dipandangan sebab Bie pakai spek. Hehehe..

Tarra! Nama saya Nur Zuhaira - Day 1/3.19KG
Alhamdulilah, semuanya dipermudahkan. Bersalin di kerajaan dan swasta sememangnya ada perbezaan.

Dihospital kerajaan, Bie tidak ditemani suami ketika di labour room, malam pertama sendiri, menguruskan bayi, menukar lampin sendiri dan tidak ditemani sesiapa di wad. luka perinium 2nd degree tear, mendapat makanan selepas bersalin, mendapat khidmat nasihat mandi wiladah dan penjagaan diri daripada pihak hospital

Dihospital swasta, Suami sentiasa disisi. Bermalam diwad ditemani suami, nurse uruskan bayi untuk mandi, menukar lampin dsb, luka perinium 1st degree tear. Tidak mendapat makanan selepas bersalin, tiada khidmat nasihat daripada pihak pusat bersalin.

Setiap tempat ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Apa-apa pun Bie berpuas hati bersalin dihospital kerajaan mahupun hospital swasta. Redha dan gembira.

Keesokkan harinya, Bie dibenarkan balik. Baby pun dah berak dan kencing. Nurse hantar ke depan pintu kereta dengan wheelchair, dan bawa baby. Suami pegang barang-barang. Payungkan kami daripada terkena panas hingga ke dalam kereta. Terima kasih buat semua petugas di Pusat Bersalin Barakah dan ole-ole yang diberikan untuk baby Zuhaira.

Di Wad
Ole-ole yang diberikan Pusat Bersalin Barakah

Syukur, segalanya dipermudahkanNya. Segalanya atas izin dariNya. Alhamdulilah.

Part 3? Nantikan anak ke-3 kami pada masa akan datang, Hehehe.. Amin, moga Allah kurniakan kami rezeki lagi. Insyaallah. Selamat berpantang to me for 44days.

Menu Berpantang Bie

Terima kasih keluarga, rakan-rakan yang mendoakan.
Love, Bie.

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx