SEJARAH 10 TAHUN LALU

By BIE - 01:32:00


Assalamualaikum w.b.t

Meraikan ulang tahun ke-10 Blog Jalinan Cintaku. Secara tiba-tiba, Bie terpanggil untuk membelek-belek blog kesayangan ni. Jalan-jalan dalam blog sendiri, tertawa dan tersenyum melihat hasil penulisan terdahulu yang membawa Bie kepada dunia hari ini. Ternyata, segalanya sudah 10 tahun berlalu. Entri pertama Bie didalam blog ini adalah pada tahun 2006. Tahun ini sudah 2017, maka sudah 10 tahun blog ini bernafas.

Mengkikut sejarahnya yang terdahulu. Bie membangunkan blog ini dengan nama dwicereka.blogspot.com atas desakan kawan-kawan ketika mengikuti Minggu Penulis Remaja di Port Dickson selepas SPM 2006. Selepas itu, blog ini terus berkembang dengan maklumat-maklumat berkitar dalam lingkungan penulisan kreatif dan sastera sahaja. Kemudian, Bie melanjutkan pengajian dalam Diploma, entri-entri lebih menjurus kepada kehidupan sebagai mahasiswa bersama pelajaran dan kawan-kawan. Bie berjaya mempengaruhi kawan-kawan untuk sama-sama berblog dan membuka blog BudakCS pada pertengahan tahun 2007.

Kemudian, Bie menukar nama blog ini kepada redisbie.blogspot.com kerana merasakan nama ini lebih moden dan remaja untuk diri Bie yang sedang meningkat remaja pada ketika itu. Seterusnya, pada tahun 2011, Bie sekali lagi menukar nama blog ini kepada jalinan-cintaku.blogspot.com kerana bunga-bunga cinta telah membuak-buak dan terpanggil untuk berkongsi kisah cinta, jatuh bangun dalam percintaan, dan liku-liku kehidupan sebagai remaja perempuan yang sedang menginjak usia menjadi wanita dan bersedia untuk berumah tangga.

Blog Jalinan Cintaku kekal sebagai blog yang banyak berkongsi pengalaman merancang majlis, pertunangan, perkahwinan, DIY, kraftangan, dan kini kekal menjadi hobi Bie.

Selepas berumah tangga, Bie mengambil keputusan mengekalkan nama jalinancintaku dan membeli domain khas untuk nama ini dan akhirnya www.jalinancintaku.com terwujud. Hadiah buat diri sendiri yang gemar menulis dan berkongsi maklumat serta cerita berkitar dengan pengalaman, keluarga, anak-anak serta perniagaan.

Insyaallah, Bie akan terus menulis. Terus memberikan khidmat sosial kepada masyarakat dan menyalurkan ilmu yang bermanfaat. Kerana janji Allah S.W.T, Ilmu yang bermanfaat dapat dibawa hingga ke akhir hayat kita.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx