Follow Us @soratemplates

Saturday, 30 September 2017

RESEPI DAGING MASAK LEMAK CILI API SIMPLE DAN SEDAP

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni serius cakap, Cik Bie buntu, tak tahu nak masak apa untuk makan tengahari. Selalunya, ini memang dilema bagi setiap wanita diluar sanakan? Setiap kali nak masak, setiap kali tu jugaklah pening nak masak apa. Last-last telur goreng jelahhh.. hahaha sampai muka pun dah macam telur jugak. Hehe

Setelah lama termenung depan peti ais pagi tadi, maka timbul idea nak masak DAGING MASAK LEMAK CILI API SIMPLE DAN SEDAP ni setelah terpandangkan 1 bekas daging yang tersimpan rapi di bahagian sejuk beku. Hehe..

Almaklum, aku belum habiskan daging korban masa raya haji hari tu. Maka.... zazzzz.. jadilah DAGING MASAK LEMAK CILI API SIMPLE DAN SEDAP ni.

Simple sangat jom tengok resepi Bie ni,

Nyammm.. Sedia untuk dimakan
Resepi Daging Masak Lemak Cili Api Simple & Sedap

Bahan-bahan :
  • 1 kg daging lembu - direbus sehingga lembut. Masa nak rebus air tu jangan banyak sangat macam nak buat sup, cukup sekadar paras daging je. Simpan air rebusan untuk dimasukkan dalam masakan.
  • 300 ml santan pekat
  • 3 helai daun kunyit - dipotong-potong
  • 2-3  biji kentang - dipotong (optional)
  • 2 batang Serai - diketuk
  • Garam secukupnya
  • 2-3 cawan air rebusan daging tadi secukupnya - kalau tak cukup tambah air biasa
Bahan dikisar:
  • 2-3 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 7-8 biji cili api
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara :
  1. Rebus kentang sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan. Buang air rebusan tu
  2. Dalam periuk, panaskan minyak, masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan air rebusan bersama serai dan daun kunyit
  4. Masukkan santan dan kentang. Tambah air jika perlu atau kuah nampak kurang dan terlalu pekat. Masak seketika hingga kentang empuk. 
  5. Tambah garam, gula dan ajinamoto (optional) secukup rasa.
  6. Siap!
Kisar ke semua bahan yang dinyatakan diatas





Potong daging ikut sesuka hati, boleh besar-besar atau kecil-kecil (terpulang) ikut kesukaan anda

Serai ketuk dulu tau!

Sehelai je daun kunyit, ikut kesesuaian



Selamat Mencuba!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx