Follow Us @soratemplates

Wednesday, 4 October 2017

7 TIPS MELATIH BAYI MENGGUNAKAN BOTOL SUSU

Assalamualaikum w.b.t,

Bie yakin ramai ibu-ibu diluar sana pernah ada masalah yang sama dengan Bie. Sekarang, Bie dalam masalah dimana anak ke-2 Bie tak reti menyusu dengan menggunakan botol susu. Maka, Bila dia kat taska. Dia tak berapa nak menyusu. Risau sangat kalau berat badan dia menyusut. Hmmm...

Bie found out pun setelah dia masuk 8 bulan. Almaklum, sebab sepanjang duduk kat rumah. Baby memang menyusu badan secara direct. Berbeza pulak dengan abang dia. Masa lahir, lepas 2 minggu Bie dah dedahkan dia dengan puting botol. Jadi, anak pertama Bie cuma menyusu badan sampai umur 10 bulan je. Lepas tu, dia dengan sendirinya refuse.



Konon-konon tak mahu ulang kesilapan lama. Tapi, Bie juga silap untuk anak ke-2 ni. Bie perkenalkan penggunaan botol susu 2 minggu sebelum Bie hantar dia ke Taska. Sudahnya, sampai sekarang dia tak reti nak minum susu pakai botol.

Bila disuakan botol susu. Dia hanya akan mengigit-gigit puting susu sampai keluar air. Masih belum reti menghisap.

Anak ke-2 Bie juga tidak pakai puting.

Jadi kemahiran menyonyot(bak kata orang lama), kemahiran tu kurang dan punca utama kenapa dia tak reti menyusu botol.

Botol pertama yang Bie gunakan untuk Zuhaira ialah Tommee Tippee, sebab masa anak pertama Bie banyak guna Tommee Tippee dan sesuai dengan Naqib. Namun, tidak berapa sesuai untuk Zuhaira.

Bulan lepas Bie cuba guna botol The First Years - Breast Flow, beli di AEON Bukit Tinggi, Zuhaira masih tak selesa dan kurang menyusu.


Bulan ni, Bie beli yang lain lagi iaitu Pigeon Wide Neck PPSU pula. Bie beli online je kat SHOPEE
Harap-harap Zuhaira sesuai dengan botol Pigeon ni. Hehehe..


Mengikut berbapa bahan bacaan, Bie akan buat beberapa tips yang Bie senaraikan disini. Semoga tips ini dapat membantu Bie dan ibu-ibu yang mempunyai masalah yang sama dengan Bie.

Terutamanya buat si ibu yang bekerja dan memberi anak susu botol sepenuhnya.

1. Melatih anak menyusu botol seawal 4-6 minggu kelahirannya

Ini adalah tips terpenting kerana seorang ibu perlu mengetahui masa yang sesuai untuk melatih anak menyusu botol kerana, sekiranya pengenalan kepada botol susu terlalu awal akan membuatkan si bayi akan keliru puting.

Jika pengenalan terlalu lewat pula, risikonya adalah si anak akan menolak mentah-mentah penggunaan botol susu. Ini kerana si anak sudah besar dan sudah bijak membezakan mana 1 puting ibu dan mana 1 puting botol.

2. Beri susu botol sebelum si anak betul-betul lapar

Latihan pengenalan kepada penyusuan menggunakan botol kepada si anak hendaklah dilakukan dalam keadaan tenang dikala si anak telah menunjukkan tanda-tanda lapar dan hendak menyusu.

Jangan pula tunggu sehingga si anak menangis kelaparan baru kita beri susu botol. Komfem mengamuk sakan dia nanti. Sama macam kita, perut dah lapar, tak boleh nak kompromi lagi. Memang hilang kesabaran dibuatnya.

Maka. kita pun tak panik! Hehe

3. Penyusuan pada posisi yang betul

Bagaimana posisi yang betul untuk penyusuan dengan menggunakan botol?

Posisi yang betul adalah dengan meninggikan sedikit kepala si anak dan pastikan aliran susu perlahan keluar daripada puting supaya si anak mudah untuk mengawal hisapannya dan dia pun jadi lebih selesa.

4. Gunakan botol yang sesuai

Penggunaan botol juga memainkan peranan yang penting. Kesesuaian botol juga bergantung kepada si anak itu sendiri. Seeloknya ibu hendaklah memilih botol susu yang mempunyai puting yang lembut dan kebiasaannya "Close to nature" hampir sama tapi tak serupa dengan puting si ibu. Selalunya, ramai ibu-ibu yang cuba menggunakan Tommee Tippee, MAM, Pigeon Wide Neck, Mimijumi, Como Tomo, First Year dan sebagainya.

Bersedia dengan duit dipoket sajalah dalam mencari kesesuaian botol kepada si anak. Alahai anak!

5. Menggunakan susu "Fresh"

Ketika memulakan latihan, pastikan anda menggunakan susu fresh yang baharu saja dipam. Bukan susu frozen yang dicairkan, kerana susu yang "Fresh"  itu ternyata lebih segar dan rasanya masih lebih sedap dengan susu yang asal yang selalu diminumnya secara direct. Susu yang telah difrozenkan rasanya kurang sedap dan berubah sikit pada deria rasa seorang bayi. Namun, khasiatnya tetap ada dan lebih baik berbanding susu formula.

6. Dilatih oleh orang lain selain ibu

Mintalah pertolongan daripada suami, pengasuh, ibu atau ibu mertua untuk memberi botol susu kepada si anak. Si ibu tidak boleh memberi latihan penyusuan botol dan berada dekat dengan anak ketika sesi ini kerana si anak akan lebih cenderung menolak botol susu kerana mereka sudah bijak membezakan botol susu dan puting payudara ibu mereka.

Jadi, pastikan anda pergi ke bilik atau menjauhi bayi ketika latihan ini dijalankan. Pergilah mengepam susu untuk simpanan stok setelah anda bekerja nanti.

7. Ransangan minda anak sedari awal

Ransang minda anak anda untuk menerima penyusuan botol sejak mereka lahir lagi. Ini kerana, pada minda separa sedar seorang manusia. Mereka sangat sayang, menghormati dan mendengar kata ibu mereka.

Contohnya,

"Adik, Adik anak yang baik dan soleh/solehah. 3 minggu lagi Mama dah nak masuk kerja. Adik kena belajar minum susu pakai botol ye. Sebab nanti mama tak ada, jadi adik tak lapar"

"Kalau mama kerja, mama tak ada dengan adik. Adik kena minum pakai botol ya"

Insyaallah, lama ke lamaan bayi akan faham dengan kata-kata si ibu. Waktu paling baik ialah ketika 5 minit sebelum tidur ketika waktu malam.

Doakan Zuhaira dapat menerima botol susu ya! Kalau tidak, terpaksalah Bie cari alternatif lain untuk membiasakan Zuhaira supaya minum susu ketika Bie pergi bekerja. Semoga dipermudahkan. Amin..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx