BERCUTI KE SURABAYA (Part 1)

By BIE - 21:34:00

Itenari ke Surabaya-Bromo-Malang bersama anak-anak kecil (Part 1)

Ini adalah kali pertama Bie bawa Zuhaira ke luar daripada Negara. Disebabkan Bie pernah ada pengalaman pertama semasa bawa Naqib ke Yogyakarta. Maka, Bie jadi lebih yakin untuk bawa anak ke-2 Bie ke Surabaya pula.

Kenapa Surabaya?


Surabaya adalah 1 daripada banyak tempat yang ingin Bie lawati, kerana tarikan kuat pada kecantikan Gunung Bromo nan permai.

Alhamdulilah, atas takdir Allah S.W.T. Semua perancangan berjalan lancar. Cuma hari Ke-2 dan Ke-3 Bie ditakdirkan jatuh sakit (demam) kat sana. Serba sedikit, perjalanan ke Surabaya kali ini sedikit terjejas. Tapi, Bie masih berpuas hati selepas dapat melihat kecantikan Gunung Bromo daripada dekat. Subahanallah, Luar Biasa kecantikannya.

Hari Pertama,

Penerbangan kami dijadualkan pada jam 9.05pagi. Seawal 5.30pagi, kami dah bergerak menuju KLIA2 dengan menaiki AEROBUS,

Harga 1 tiket AEROBUS (dewasa) - RM12.00 (sehala)

Tepat jam 6.30pagi, kami sampai dan terus solat Subuh di KLIA2. Kemudian bersarapan di NZ Cafe. Lepas tu, terus check in beg dan menunggu diBalai Pelepasan.



Penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Surabaya memakan masa lebih kurang 2 jam 40 minit. Agak membosankan sebenarnya, Alhamdulilah anak-anak beri kerjasama jitu sepanjang perjalanan. DiBandara Juanda, kami sudah berjanji dengan supir kami Pak Asyirin dan pembantu beliau Pak Marji.


Diluar Balai Pelepasan, Pak Asyirin sudah memegang kertas dengan tulisan "Bu Nabiha".  Amat mudah mengenali wajah Pak Asyirin, kerana sebelum ni dia pernah menghantar gambar beliau menerusi Whatsapp.

Kami tiba diBandara Juanda lebih kurang Jam 10.30pagi (Waktu Indonesia Barat) WIB. Waktu disini kurang sejam berbanding di Malaysia. Maknyanya, kalau diMalaysia sudah jam 11.30pagi.

Disini, kita kena siap sedia dengan Jadual Waktu Solat. Bie mula-mula agak terkejut dengan Jadual waktu solat disurabaya. Pukul 6 petang dah masuk waktu Isyak tau! Pukul 3 Pagi dah kena bangun solat subuh. Agak JETLAG disitu. Ini baru pergi tanah seberang, Bie belum lagi sampai negara-negara EROPAH. Mesti ambil masa yang lama nak sesuaikan diri. Hahaha..








Hari Pertama ni, tak banyak aktiviti. Kami hanya melawat House of Sampoerna , iaitu Kilang membuat rokok Sampoerna dan ke JMP (Jembatan Merah Plaza) tempat jual beli dan shopping.















Jalan-jalan beli baju dan kain lace di JMP (Jembatan Merah Plaza). Seriously rambang mata! duduk kat sini je boleh habis dut hampir 400 RINGGIT MALAYSIA okey!!







Selepas jalan-jalan dan shopping apa-apa yang patut, kami teruskan perjalanan ke Bromo. Perjalanan ke Bromo memakan masa lebih kurang 3 jam daripada Bandara Juanda. Lumayan jauh, kami sekeluarga tidur je sepanjang perjalanan. Tau-tau pukul 5.petang dah gelap pekat macam 9 malam.

Bersambung BERCUTI KE SURABAYA (Part 2)

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx