NEW PHASE AS PARENTS UNLOCK

By BIE - 12:39:00 PG

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah, sabtu yang lepas (25/11/2017). Bie dan suami berpeluang menghadiri Hari Perkembangan kanak-kanak di taska anak-anak kami iaitu Taska Nurbudi, Klang. Tahun ni, tak sangka kena pergi sekolah dan ambil report card anak-anak. Walaupun bukan report card keputusan peperiksaan akhir tahun. Cuma report perkembangan anak-anak ditaska.

Setiap hari anak-anak kita hantar di taska kan? Jadi, kadang-kadang kita sendiri tak boleh lihat sepenuhnya perkembangan mereka. Maka, cikgu-cikgu di taskalah yang banyak membimbing dan melihat perkembangan mereka dengan lebih teliti. Disamping, Bie dapat bertukar-tukar pendapat dengan cikgu-cikgu tentang mengatasi masalah mendidik dan mengawal perilaku anak-anak.


Bie percaya, setiap guru, tak kiralah guru taska, tadika, sekolah, bahkan guru ngaji sekalipun mahukan yang terbaik untuk anak-anak murid mereka. Maka, sebagai ibu bapa, bina hubungan baik dengan mereka dan permudahkan kerja mereka dalam membantu kita dan anak-anak kita membesar, berkembang dan menimba ilmu.

Dalam masa yang sama, pihak pengurusan taska juga memaklumkan kepada kami mengenai modul dan yuran pendaftaran terbaru pada tahun 2018. Biasalah tu, tak naik, bukan zaman Najib lah kan? Redha.


Syukur, perkembangan Naqib dan Zuhaira positif disekolah. Cuma Naqib lebih suka bermain sendiri, protes, tak suka gangguan berlebihan, suka bergurau. Bie terima semua pandangan itu kerana semua yang dinyatakan itu menunjukkan Naqib sedang berkembang dan otak mula merangsang pemikiran dan sikapnya. Dari segi pertuturan, Naqib dah boleh bercakap. Tapi sebutannya belum jelas dan dia lebih cenderung bercakap dalam English. Membuatkan keinginan dia untuk berbual dengan orang lain agak terbatas.

Zuhaira pula, sedang berada dalam fasa pertumbuhan bayi kepada toodler. Sudah merangkak, memanjat dan mula hendak berlatih berjalan. Mulut kuat membebel, belum tumbuh gigi, kuat makan, tak suka botol susu.


Alhamdulilah, semoga anak-anak membesar dengan sihat dan bijak. Amin.

Lepas ni, Bie dah sibuk nak cari sekolah untuk Naqib pula. Macam ni rupanya jadi mak bapak ye.

New Life Phase Unlock!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx